icon-search
icon-search

Resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi

Resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi

Resipi Siakap Stim Asam Boi

Dekat rumah korang ada ikan siakap, tapi tak tahu nak masak apa? atau korang mengidam nak makan ikan siakap?

Meh, min share satu resipi yang menggunakan Ikan Siakap nak !

Resipi ni min salin satu-satu dari jiran min sendiri tau, khas untuk korang-korang semua! hehe...

Bahan

  • Seekor ikan siakap bersaiz sederhana (basuh dengan air asam untuk hilang hanyir)
  • 1 ulas bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 5 biji cili padi (dihiris bulat)
  • 1 limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • 5 biji asam boi (rendam dengan air suam sedikit)
  • 1 1/2 sudu makan sos tiram 
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 5 helai daun limau kasturi 
  • Sedikit halia (dimayang)
  • Sedikit brokoli
  • Ajinomoto 

Cara

  • Ambil satu bekas, campurkan sos tiram, air rendaman asam boi, perahkan limau kasturi, lada hitam, kiub ayam knorr dan ajinamoto.
  • Gaulkan 
  • Kalau kurang masin tambah sos tiram ye
  • Tuangkan ke atas ikan yang dimasukkan ke dalam loyang
  • Sudukan sos tadi ke dalam perut ikan dan kepala ikan
  • Serai dimasukkan ke dalan perut ikan juga
  • Taburkan bahan hirisan separuh seperti bawang besar, bawang putih, halia, cili, limau kasturi dan tomato
  • Panaskan pengukus, masukkan bekas dan lebihkan bahan hirisan tadi
  • Kukuskan lagi selama 5 minit

Mudah saja kan? Andai kata barang-barang yang korang buat tak cukup pula tapi malas nak pergi ke kedai. So, min cadangkan untuk korang order online sahaja di Fresh Chicken Hub! 

www.freshchickenhub.com 

Kredit: Lokhana Lokman 




Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping