icon-search
icon-search

Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis

Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis

SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Min kadang-kadang pun dah naik buntu nak masak lauk apa hari-hari. 

Bukannya tak nak masak lauk-lauk yang gunakan banyak bahan tapi, bila dah busy seharian kerja. Min rasa macam nak masak lauk yang senang nak dapat je. Apa yang penting, jimat duit kita kan!

Nak dijadikan cerita, min pun terjumpa la satu resipi perkongsian daripada Mariana Zainal. Resipi yang dikongsikan ni pun nampak mudah je min tengok.

Mengikut Mariana, resipi yang dikongsikan ini, adalah versi kudapan sahaja.

Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis

  • 3-4 bungkus tempe (saya guna 4 bungkus) Hiris agak nipis tapi jangan nipis sangat yer. Basuh dan lumur kunyit.
  • Panaskan minyak dan goreng garing. Tos dan ketepikan.
  • 2 genggam ikan bilis, goreng garing dan ketepikan. (Jangan campur dalam bekas tempe goreng tadi yer)
  • Kalau nak bubuh kacang tanah, kacang tu pun goreng sampai elok masak juga
Bahan Kisar
  • 25 pcs cili kering
  • 1  1/2 biji  bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (saya tak bubuh pun)
Bahan Lain
  • 4-5 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit perasa
  • 3 senduk minyak untuk menumis
Cara
  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan kisar dan masukkan gula, perasa dan sedikit garam
  • Bila dah naik minyak dan sambal betul-betul garing jadi warna gelap. Masukkan tempe.
  • Bila pekat dan sambal elok bersalut pada tempe, tutup api
  • Biarkan seketika dan masukkan ikan bilis gaul rata (jangan buka api pulak tau)
  • Siap
*pastikan sambal betul-betul garing yer baru masukkan tempe*

Kredit: Mariana Zainal




Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping